Thursday 5 July 2012

Lagu Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya

Lagu Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya :D

Pembimbing Rakan Sebaya
Menawar khidmat bakti
Menjana kegemilangan
Wawasan negara
Kami berdiri megah
Dengan tekad dan harapan
Membantu dan membimbing
Penuh kasih mesra

Korus
PRS Pemangkin
Masyarakat penyayang
Berilmu beramal
Bentuk jati diri

Amanah diberi
Janji ditepati
Amalan mulia
Jadikan panduan

Pembimbing Rakan Sebaya
Siap sedia berjasa
Membentuk dan membina
Hidup yang bermakna

Saturday 24 March 2012

Info Mengenai Pembimbing Rakan Sebaya SMK Kamil

Pengenalan PRS :


Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingg tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.

Prinsip Perkhidmatan PRS :

    Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.
            
 Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.



Definisi PRS :



Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

Rasional PRS :

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut.  Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting  untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

        Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
      
     Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.
            
   Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan positif.

            Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.



Falsafah PRS :


BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

Visi PRS : 


Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

Misi PRS :


Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek(JERI) dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.


Matlamat PRS :



           Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.
            
  Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

            Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

            Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.



Objektif PRS :



           Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.

            Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.

            Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.


  Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.


Etika PRS :

  Amanah dan menyimpan rahsia.

 menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

  tahu batasan dan keupayaan diri sendiri.

 sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.

 melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

 merujuk kes rumit kepada Kaunselor ataupon Guru Bimbingan dan Kaunseling.

 mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat.


Ikrar PRS :



Saya/Kami dengan ini berikrar  menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi ______ .

    Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan

    Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.

    Berusaha menjadi pelajar contoh.

    Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.

    Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

    Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS



Senarai Tugas PRS :



       Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.

        Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan
      perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

        Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.

        Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukkan jika perlu.

        Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.

        Sebagai Role Model kepada pelajar lain.

        Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
berasa selesa dan berimpati.

        Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

        Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.

   Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah
positif.

   Mematuhi etika kerahsiaan.

    Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.

  Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah
biasa/normal.

    Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan
Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.

    Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.

    Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk
            membantu.

Wednesday 7 March 2012

First Day in Blogging :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bloggers dan readers.
Hari ni bersamaan 7 Mac 2012 telah wujudnya blog Pembimbing Rakan Sebaya 2012. Blog ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan input-input berguna kepada semua pembaca dan juga pelajar-pelajar sekalian.

Diharapkan dengan wujudnya blog ini, pelajar dan guru dapat menggunakan input-input yang ada dengan sebaik mungkin.

*Oh ya, blog ini dibuat oleh pelajar dari PRS sendiri :)